"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga..." [atTaubah:111]

Tertanya-tanya..apa itu JIHAD FISABILLAH, seorang hamba Allah ada bagitau kat ana yang kalau jihad digandingkan dgn kalimah fi sabilillah, tu maksudnya berperang lawan musuh islam utk meninggikan kalimah ALLAH dan itu adalah jihad yg paling besar..

Sebagai seorang penuntut ilmu, banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi dalam proses untuk mendapatkan ilmu tersebut. Maka secara tidak langsung konsep JIHAD FISABILILLAH ini perlu menjadi ubat anti virus kepada penyakit M atau lebih dikenali sebagai penyakit MALAS.

Menjadi kebiasaan penuntut ilmu di perantauan akan STRESS ataupun TENSION di kala musim IMTIHAN bermula..MENGAPA ini BERLAKU??

Suka saya katakan "Lu Pikir La Sendiri"..Sebab hanya kita sahaja yang faham kenapa perlu STRESS dan TENSION itu hadir dalam diri kita..kuang3..

Di hujung-hujung imtihan fasal awal ini, hamba selaku penuntut ilmu di perantauan ini, memohon sahabat2 mendoakan kami disini agar pulang dengan ilmu yang mantap untuk menjadi Da'ie di jalan Allah.

Semoga kita semua terus Tsabat dalam berjihad kerana Allah untuk menuntut ilmuNya yang jika dibandingkan didunia ini, nisbah ilmu yang kita ada hanya setitis air dilautan.

Pesanan untuk diriku jua dirimu..
Cintakan Ilmu pasti menjadikan kita manusia yang mulia..
Teruskan berjihad dalam menggapai cinta dan redhaNya..


p/s: IKLAN 10 MUWASSAFAT TARBIYAH

1) Salimul 'Aqidah
-Aqidah Yang Sejahtera

2) Sohihul Ibadah
-Ibadah Yang Sahih

3) Matinul Khuluk
-Akhlak Yang Mantap

4)Qadiran 'Ala Kasbi
-Mampu Bekerja / berdikari

5) Mutsaqqafal Fikri
-Berpengetahuan luas

6) Qawiyyal Jism
-Tubuh Yang Cergas

7)Mujahadah Linnafsi
-Mujahadah (Menguasai Diri)

8)Munadzomun fi syu'unihi
-Teratur urusannya

9)Haarithun 'ala waqtihi
-Sangat Menghargai Masa

10)Nafi'ul Li Ghairihi
-Bermanfaat Kpd Orang Lain

Khair_Jiha
Bayt Fatonah,Urdun

0 jejak kata: