S.Y.U.K.U.R dan G.E.M.B.I.R.A 

Mendapat khabar gembira teman2 tercinta SPM 2009 SMK Agama Kota Kinabalu ramai yang sedang menyusun 'batubata', 'konkrit', 'pasir', 'simen' dan beberapa 'perhiasan' untuk membina masjid.. (^_^) 

Semoga proses SEBELUM, SEMASA, dan SELEPAS ianya terbina disulami REDHA dan KEBERKATAN dari Nya.. <3 ~

Doaku sentiasa mengiringi kalian dari bumi Syam..

~~~

Fitrah manusia,
Ingin mencintai dan dikasihi..
Fitrah manusia,
Ingin disayangi dan menyayangi..
Fitrah manusia,
Ingin dirindui dan merindui..

Namun..
Apakah manusia pasti bertemu cinta yang abadi..
Berperang nafsu antara duniawi dan ukhrawi..
Maka..
Jangan mengikut emosi ikutlah kata iman dari hati..

Teman..
Saat dirimu memilih jalan yang halal..
Pasti banyak rintangan dan badai..
Itu normal..
Kerana setiap perkara yang baik,
Pasti hati akan berbolak balik..

Masjid yang ingin dibina,
Jangan dibina sambil lewa dan alpa,
Jangan diukir maksiat dan noda,
Hiasi ia dengan iman dan taqwa,
Agar Sakinah Mawaddah Rahmah dapat  dirasa..

Ingat kembali duhai teman,
Hadaf utama perkahwinan,
Bukan hanya untuk keseronokan,
Tapi demi meneruskan sunnah Nabi junjungan..

Kau..Aku..Kita..
Pasti inginkan cinta yang halal..
Menyulam kasih hingga kesyurga..
Menggapai redha bersama si dia..
Untuk bertemu Pencipta..
Moga Allah menerima kita sebagai tetamuNya <3 ~

0 jejak kata: