Disini ada satu cerita yang indah : 


Seorang Muslim tua Amerika hidup di suatu pergunungan sebelah timur Negara kawasan Kentucky dengan cucu lelakinya yg masih muda. 


Setiap pagi datuk tua tersebut bangun lebih awal dan membaca Quran di meja makan di dapurnya. 


"berubah, didalam dan diluar dirimu.."


Cucu lelaki nya teringin untuk menjadi seperti datuknya dan berusaha menirunya dalam apa cara semampunya.


Suatu hari sang cucu bertanya,


"Datuk ! Aku cuba untuk membaca Qur'an seperti yang kamu lakukan tetapi aku tidak memahaminya, dan apa yang aku fahami aku lupakan dalam masa yang singkat. Apakah kebaikan membaca Qur'an?


Dengan tenang sang datuk meletakkan cerek yang hitam di tungku pemanas sambil berkata , " Bawa cerek ini ke sungai dan bawa kemari dengan dipenuhi air."


Maka sang cucu melakukan seperti yang diperintahkan datuknya, tetapi semua air habis menitis sebelum tiba di depan rumahnya.


Datuk tertawa dan berkata,


 "Lain kali kamu mesti buat dengan lebih cepat lagi," 


Maka dia menyuruh cucunya kembali ke sungai dengan cerek tersebut untuk dicuba lagi. Sang cucu berlari lebih cepat, tetapi, cereknya kosong sebelum dia tiba di depan rumah.


Dengan termengah-mengah, dia berkata kepada datuk nya bahawa mustahil membawa air dari sungai dengan cerek yang sudah bocor,maka sang cucu mengambil gayung sebagai gantinya.


Sang datuk berkata, 


" Aku tidak mau satu gayung air ; aku hanya mahu satu cerek air.Cepat, usaha kamu kurang cukup," maka sang datuk pergi ke luar pintu untuk melihat usaha cucu lelakinya itu. 


Cucu nya amat yakin bahawa ianya perkara mustahil, tetapi dia tetap ingin membuktikan kepada datuk nya, biar pun dia berlari secepat-cepatnya, air tetap akan bocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.


Sekali lagi sang cucu mengambil air ke dalam sungai dan berlari sekuat tenaga menghampiri datuknya, tetapi ketika dia sampai didepan datuknya cerek tersebut kosong tidak mempunyai air. Sambil termengah-mengah dia berkata, " Lihat tuk, sia-sia sahaja!"


 " Jadi kamu fikir ianya sia-sia?" Datuk berkata, " Lihatlah cerek itu. " Sang cucu melihat ke dalam cereknya dan untuk pertama kalinya menyedari bahawa cerek itu sekarang berbeza.. 


"Cerek itu telah berubah dari cerek yang tua, kotor dan kini bersih, luar  dan dalam.." kata cucunya.


“Cucuku, itulah yang terjadi ketika kamu membaca Al Qur’an. Kamu tidak mampu memahami atau ingat segalanya, tetapi ketika kamu terus membacanya , kamu akan berubah, luar dan dalam. Itu adalah kurnia dari Allah di dalam hidup kita.”


---


Moga Allah beri kita KEKUATAN dalam mengalunkan kalam-Nya, membaca indahnya bait-bait ayat-Nya, menghafal setiap nasihat dan kalam cinta-Nya .


Moga terus istiqomah tidak terleka dimamah usia .





"Aku Terima Nikahnya" bukan sekadar lafaz dari bibir.. Usainya akad bererti dirimu menanggung dosa si puteri yang dinikahi.. Persiapkan diri untuk menjaga dan mendidik si puteri.. moga nanti diredhai Allah dengan cinta hakiki ke syurga abadi.

.#ToBecomeBetterAndBetter

--

Moga bersama menjadi hamba DIA yang lebih bertaqwa..

Lupakan segala silam yang alpa..

Buat pengajaran untuk diri yang hina..

Allah tetap terima taubat hambaNYA..

aamiin..
hati-hati dengan hati..

 
jangan mudah mencintai..
 
 
apatah lagi membenci...



-maafi qolbi ghairullah-
Moganya bagaimana mesranya kita dialam maya..

Begitu juga zahir nya ia bila mata bertentang mata..

Kadang terlupa..

Tidak sedar telah mengguris hati manusia..

Apabila yang maya hanya sandiwara semata..

Kerana diri yang sebenarnya senyum pun susah diukir muka..

Bersuara bemesra lenyap begitu sahaja..

Berjumpa di maya gembira tak terkata..

Tapi bila bersua muka..ah suara pun tiada..

Lantas inikah yang dinamakan ukhwah bersalut cinta ?

Si gadis cantik solehah..

Moga bagaimana kita dialam maya..

Begitu juga apabila berjumpa diluar sana..

--

Senyum Salam Sapa  <3 span="">

p/s : Dari Akhawat kepada Akhawat ..

HATI 

Sinonim dengan cinta .

Jangan lupa .

Hati juga punya bisa .

Rapuh . Lumpuh . Kalau tidak dijaga .

Ikut hati BINASA . 

Biarkan hati parah jadinya . 

Jangan diikutkan hati yang rapuh lalu diri menjadi lumpuh .

Kerana jasad kuat apabila hati menjadi penguat .

Taat .

Kuat .

Dekat .

p/s : Hati .. moga kau sentiasa berkilau dalam diri . berseri dan tidak mati .

---

"Carilah hatimu di 3 tempat. 

1- Cari hatimu sewaktu membaca al-quran. 

2- Jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. 

3- Jika tidak kau temui,juga carilah hatimu ketika kau duduk bertafakur mengingati mati. 

Jika tidak kau temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, mintalah hati yang baru kerana hakikatnya pada masa itu kau tidak lagi mempunyai hati."

Imam Ghazali