Zaid Bin Harithah..
Jaa'far Bin Abi Talib..
Abdullah Bin Rawahah..
Hari ni,sangat best berjalan ke Mazar bersama k.fz...Ziarah makam 3para syuhada'..
Sangat seronok...
Banyak snap pic...
Paling cool masa kat masjid rasa tenang je..pastu bila tengok ada juga kanak2 perempuan join mak diorang solat jumaat...
Teringat pula masa kanak2 ni dok usha2 aku..haha..
(Jangan jelesssss~)
Diorang suka tanya soalan yang biasa ditanya,tapi aku sukeeeee diorang tnya...(sbb ase cm femes disitu...wakakka)
Erm sempat gak mencoretkan baris2 kata kat buku aku nie...(baru ase rajin nk masukkan dalam blog..kih4)
^*^*^*^*^*^*^*
Disini...
Aku hadir bersama dia
Menziarahi makam para syuhada'
Dengan penuh harapan
Agar jiwa dan hati kembali tenang
Setenang dan sedamai desa Mazar ini..
Disini...
Tersemadinya jasad Jaafar,Zaid dan Abdullah
Aman dan kemas terjaga makamnya
Bukan itu yang menjadi tatapan
Tetapi..
Ruh perjuangannya yang patut jadi ikutan
Disini...
Aku dan dia mencari
Sesuatu yang bernama ketenangan
Beri'tikaf dirumahNya yang tenang lagi mendamaikan
Mendengar bait-bait khutbah
Yang penuh semangat perjuangan..
Oh Tuhan..
Gementar aku mendengar suaranya
Sayu aku mendengar rintihannya
Merayu dan merayu penuh berharap
agar umat Islam ini bersatu padu..
Sebak jiwaku menahan pilu..
Bagaimana bisa aku pulang ke Malaysia
Andai diri ini masih lemah tak berdaya..
Mampukah aku menyahut seruan ini??
Mampukah??
Disini..
Di rumahMu yang indah ini..
Aku meminta padaMu..
Serapkan ruh jihad para syuhada' ini
di segenap jiwaku dan jiwanya..
Ah!!
Pesimis sungguh diriku!
Mengapa disini semangat ku berkobar??
Lantas,
Bila kaki ku melangkah keluar dari sini..
Semua ini kulupakan!
Tidak!!
Aku tak mahu itu berlaku..
Bantu aku ya Allah
Kekalkan rasa ini di dalam jiwaku
Tak ingin aku lemah lagi
Tak ingin airmata ini menitis lagi..
Tak ingin ia berulang kembali..
Tuhan..
Kuatkan jiwaku tabahkan hatiku..
Biarkan semangat jihad mereka
sentiasa bersamaku..
Untuk aku terus berjuang
mengutip ilmu disini..
Ku pinta jua padaMu..
Agar Kau kuatkan dia..
Agar tabah dan bersedia
Pulang ke tanah kelahirannya
Untuk menjadi da'ie di sana..
Agar ilmu yang ditimba
tidak hanya sia-sia..
Selamat tinggal para syuhada'
Ini pertama dan terakhir kali ku bersama dia
menziarahi mu..
Selepas ini mungkin kuhadir kembali..
Tapi bukan bersama dia..
Kerana dia yang bernama NUR HAFIZAH ini.
akan kembali ke Malaysia..
2 jejak kata:
mengader,,,wt org sedih la tu..hehe
hahaha...
saya tak bersalah..oh tidakkk!!
katakan TIDAKK!!
kahkahkah
Post a Comment