p/s: Sekadar berkongsi cerpen yang tidak berapa menarik sebab ana bukan penulis cerpen yang pro..hehe..dalam proses menyiapkan sebuah novel.. (^^,
SIRNANYA SYAWAL
الله أكبر, الله أكبر, الله أكبر, لا إله إلا الله والله أكبر.........
Sayu hati aku mendengar takbir raya yang berkumandang dari komputer riba jenama Dell kesayanganku. Komputer pemberian ummi seusai aku tamat Sijil Pelajaran Malaysia 6 tahun yang lalu. Fikiranku menerawang menembusi kegelapan malam bumi Jordan hingga ke Malaysia. Teringat sewaktu Abah menerangkan tentang takbir selepas kami sekeluarga solat secara berjemaah. Abah memang selalu memberikan tazkirah ringkas sebagai makanan rohani setiap kali selepas solat isyak.
*Berkata Imam syafie di dalam kitab Al-um (الأم) terlebih elok ditambah
الله أكبر كبيرا, والحمد لله كثيرا, وسبحان الله بكرة وأصيلا, لا إله إلا الله, ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين, ولو كره الكافرون, لا إله إلا الله وحده, صدق وعده, ونصر عبده, وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده, لا إله إلا الله و الله أكبر
*Sunat selawat selepas takbir.
*Takbir terbahagi dua, mursal (المرسل) dan muqayad (المقيد)
*Takbir mursal ialah takbir yang tidak mengiringi sembahyang.
*Takbir muqayad ialah takbir yang mengiringi sembahyang.
*Waktu takbir mursal dari terbenam matahari malam dua hari raya (hari raya adha dan hari raya fitri) sehinga takbir imam sambahyang hari raya sekiranya seorang itu sembahyang hari raya berjemaah, sekiranya seorang itu sembahyang seorang diri maka habis waktu takbir mursal bagi nya ialah dengan dia takbir sembahyang hari raya dirinya, adapun orang yang tidak sembahyang hari raya, habis watu takbir mursal dirinya apabila gelincir matahari hari raya.
*Hari raya adha dinamakan aidul-akbar (عيد الأكبر) hari raya yang besar, sementara hari raya fitri dinamakan aidul-asgar (عيد الأصغر) hari raya yang kecil.
Terngiang-ngiang kembali suara abah memberi tazkirah, hati kecilku merintih pedih menahan gelora rindu yang membara. Ummi, Nabilah rindu ummi, rindu Abah, rindu dengan keluarga. Perlahan airmata menitis membasahi pipi,terhenjut-henjut bahu gadis ayu ini menahan kesedihan. Nabilah seorang pelajar jurusan perubatan di salah sebuah universiti terkemuka Jordan, Universiti Al-Bayt, tahun ini adalah tahun terakhir Nabilah di perantauan, tahun penentu masa depannya, tahun ini juga akan membuktikan bahawa adakah dia layak menjadi seorang doktor dan tahun ini jugalah kali ke lima dalam sejarah hidupnya beraya di perantauan jauh dari keluarga yang tersayang. Telefon bimbit dicapai segera..
"Assalamualaikum, nak bercakap dengan siapa?" kedengaran suara yang sangat dirindui di hujung talian. Ummi ni buat lawak la pula, kan nombor ni nombor telefon ummi, kenapa ummi tanya soalan bonus ni..hehe..kacau ummi seronok ni.
"Waalaikumussalam, boleh saya bercakap dengan Doktor Khatijah Abdullah?" Tutur Nabilah dalam nada gurauan dan suara yang sengaja di formal kan.
"Ya, saya Doktor Khatijah Abdullah dari Klinik Aslam. Cik siapa, dan ada apa yang saya boleh bantu?" balas wanita tersebut. Aik, Ummi ni biar betul, dia tak kenal dengan suara anak sendiri ke?ish musykil. Nabilah meneruskan niat gurauannya.
"Ya, saya mengalami masalah penyakit rindu yang kronik, ada ubat kat klinik tu yang boleh mengubati sakit saya ni doktor?" jawab Nabilah dengan menahan ketawa. Doktor Khatijah pelik dengan soalan pesakit misteri itu. Sambil berfikir, baru lah wanita bekerjaya ini faham, bahawa pesakit itu adalah insan yang dirinduinya juga.
"Cik, ubat sakit rindu cik adalah pulang ke Malaysia, dan bertemu dengan insan yang dirindui itu..maka, pertemuan itu akan meleraikan rindu cik yang menggunung itu.Nabilah..pandai nya anak ummi ni berlakon ya, nak jadi doktor ke, nak jadi pelakon ni?" Kata wanita tersebut dengan nada gembira. Rindunya terhadap anak dara nya itu setinggi Jabal Uhud.
"Ummi, Nabilah nak jadi doktor macam Ummi, pelakon tu bakat sampingan nak bergurau dengan Ummi jer..hehe.. Nabilah rindu dengan Ummi, Nabilah minta maaf tak dapat balik Malaysia, Nabilah tak mahu menyusahkan Ummi, lagipun nak menuntut ilmu Allah tu kan perlukan pengorbanan, Ummi juga yang cakap dengan Nabilah dulu, kejayaan semanis madu itu hanya akan kita kecapi dengan pengorbanan sepahit hempedu. Nabilah tetap akan berjuang dan berkorban demi ilmu Allah ini. Ummi doakan Nabilah ya. Ummi jangan sedih, kalau Ummi sedih, Nabilah lagi sedih" ucap Nabilah, menahan sebak. Terharu hati si ummi apabila mendengar kata-kata yang didengari dari suara merdu anak yang dirindu. Hati ummi mana yang tidak terharu, anak yang dikandung sembilan bulan sepuluh hari, yang dibesarkan depan mata sendiri jauh beribu batu di negara orang.
Setelah mengucapkan selamat hari raya dan melepaskan rindu, Nabilah kembali termenung, melepaskan pandangan kearah kegelapan malam. Mengimbau kenangan menyambut kemeriahan hari raya bersama sanak saudara di kampung halaman.
..........................................................................................................................................
Makteh dan Maksu 'berperang' dengan periuk belanga di dapur. Maklang dan Makngah berebut untuk menggunakan resepi istimewa masing-masing. Ummi sedang merebus ketupat. Abah, Banglong, dan Paktam membakar lemang dan mengacau dodol di belakang rumah. Sepupu-sepupu aku dan adik-adik yang semuanya masih kategori kanak-kanak riang bermain bunga api dan mercun depan rumah.
KEBABOM!!
Terkejut aku mendengar bunyi letupan mercun yang boleh menghentikan degupan jantung aku. Spontan makcik-makcik aku melatah. Budak-budak ni dapat mercun dari mana la agaknya. Mesti Paktam aku yang bagi kat mereka. Setelah bosan mengupas kulit bawang sampai meleleh air mata, perlahan-lahan aku 'melarikan' diri dari dapur. Duduk di beranda rumah sambil memerhatikan suasana riang kanak-kanak bermain bunga api. Aku teringat zaman kanak-kanak aku yang sungguh gembira. Aku dan Farhana mempunyai geng yang dianggotai oleh Fadhilah,Siti, Kamal dan Syamil. Geng kami memang hebat. Mercun buatan sendiri dan mengekalkan ciri-ciri keselamatan, buktinya alhamdulillah kami semua masih cukup sifat sebagai manusia sempurna. Aktiviti tetap kami menjelang raya adalah berlawan meriam dengan kampung sebelah. Bergegar kampung seperti gegaran gempa bumi skala ke 6sehingga ayam, itik, kambing, kerbau dan semua haiwan ternakan penduduk kampung disyaki menghidap penyakit parkinson. Antara aktiviti lain ialah, sebelum bermain meriam dan mercun, pada setiap malam kami akan mengaji di rumah Ustaz Akmal. Aku rasa rindu dengan suasana tersebut. Tiba-tiba aku rasa teringin main bunga api. Sasaran aku adalah sebungkus plastik yang terbiar diatas tanah. Baru sahaja tangan aku hendak membakar bunga api tersebut, tiba-tiba datang Ikram, sepupu aku yang baru berumur 12 tahun.
"Kak Nabilah! Jangan amik, bunga api tu Ik punya. Kurang hormon estrogen ke sampai tiba-tiba nak main bunga api?" Lantang Ik bersuara ambil merampas bunga api yang berada di tangan aku. Amboi budak ni, selamba dia je tengking aku. Suka hati dia je cakap aku kurang hormon. Umur baru setahun jagung, tapi mulut macam peluru tembak musuh.
"Assalamualaikum, Nabilah mak aku suruh bagi rendang itik ni kat mak kau." Farhana tiba-tiba muncul dan aku pun batalkan niat nak main bunga api. Rendang itik mak Farhana memang sedap. Setiap kali raya, mesti rendang tu yang aku bedal dulu.
"Kau raya kat mana? Bulan depan kau dah nak terbang ke Jordan kan?Khairul Akmal ada 'SMS' kau?mesti aku rindu kau. Kau tak rasa nak rindu aku ke?" bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Farhana. Macam pegawai penyiasat la pula. Khairul Akmal?aik apa kaitan budak tu dengan aku.Pelik dan hairan.
"Aku raya kat sini dengan kau. Betul, bulan depan aku dah terbang ke Jordan, Khairul Akmal tak 'SMS' aku pun. Baguslah kalau kau rindu aku, sebab aku pun akan merindui dirimu wahai sayangku Farhana." Jawab aku dengan nada selamba tambah romantis. Malu-malu kucing Farhana dengar jawapan aku.
"Seronoknya aku, dapat raya dengan kau. Dia tak 'SMS' ek..sibuk kot." Tutur Farhana.
Khairul Akmal yang juga dikenali sebagai K.A adalah jejaka yang berjaya menarik perhatian Nabilah, pelajar baru yang menuntut di SMKAKK. Nabilah berada di tingkatan dua manakala K.A berada di tingkatan empat. Kisah K.A menyimpan perasaan terhadap Nabilah menjadi isu hangat satu sekolah. Guru-guru juga seperti merestui kerana K.A dan Nabilah merupakan antara pelajar terbaik sekolah dan juga mempunyai rekod disiplin dan akademik yang bersih.
Sekarang K.A sedang menuntut ilmu di Iskandariah Mesir dalam jurusan perubatan. Walaupun begitu, mereka berdua tidak pernah menjalinkan hubungan cinta. Tarbiyah islam yang bersemi dalam diri masing-masing membiarkan gelojak hati dan perasaan tersebut, tanpa menodai kesucian cinta yang sebenar dan menyerahkan semuanya kepada Allah.
...............................................................................................................................................
الله أكبر, الله أكبر,
Azan subuh menghentikan lamunanku. Ya Allah, lama sungguh aku melamun. Tidak sedar subuh sudah hadir. Seusai solat subuh, Marina, Rasyidah dan Najwa rakan sebilik aku selama 5 tahun di bumi Jordan ini mengajak aku pergi ke pejabat kedutaan Malaysia untuk menghadiri jamuan raya. Memang menjadi kebiasaan pelajar Malaysia kebanyakannya berpakaian Jubah dan Baju Kurung bagi yang perempuan, manakala lelaki pula lebih bergaya dengan Baju Melayu, lagak seperti seorang pahlawan ketika menyambut hari raya disini, sekadar untuk mengambil suasana raya. Menyambut hari raya diperantauan memang berbeza dengan menyambut di tanah air sendiri. Drama air mata pun berlaku saat dendangan lagu raya yang tiba-tiba berkumandang. Teringat keluarga di Malaysia, sahabat handai, jiran dan penduduk kampung. Raya di sini tidaklah semeriah raya di Malaysia. Tiada lemang, tiada ketupat, jauh dari keluarga, tradisi duit raya juga tiada. Selepas itu, kami menziarahi rakan sekuliah kami yang berbangsa Arab. Raya dengan penduduk Arab di sini cukup ringkas. Selesai sahaja solat sunat raya, mereka akan pulang ke rumah masing-masing, cuti seperti kebiasaan. Kedai-kedai akan lengang. Sekiranya ada tamu yang datang, mereka akan hidangkan tetamu dengan syai' (teh), kemudian gahwah arobi (kopi arab), dan halawiat (manisan). Mereka tidak mempunyai baju raya seperti rakyat Malaysia. Mereka memakai pakaian ala-ala eropah. Dengan bergaya kasut hitam kilat, kot, bertali leher, berkaca mata hitam, telefon bimbit di tangan bersama rokok itu menjadi kemestian. Hanya golongan tua sahaja memakai jubah, igal dan juga kot. Ketika dalam perjalanan balik ke rumah sewa, Kelihatan sekeluarga Arab berjalan bersama-sama dengan berpakaian baru dan kemas, yang lelaki memakai kot satu set lengkap seperti 'tuxedo', yang wanita berjubah cantik, anak perempuan berpakaian 'meriah' warna berseri-seri, semuanya kelihatan baru seperti suasana kita di Malaysia juga..Ada juga beberapa anak remaja lelaki berkumpul di kaki jalan memperagakan pakaian 'aid.. kanak2 perempuan ramai kelihatan memakai 'gown', 'blous', 'skirt 'semuanya satu set dipadankan dengan beg tangan kanak-kanak yang sama warna... itu lah budaya Arab yang sukakan keindahan dan kecantikan.
...............................................................................................................................................
Peperiksaan akhir yang akan berlangsung tidak lama lagi, telah menjadikan Nabilah dan rakan bilik yang lain agak sibuk. Siangnya menelaah pelajaran, malamnya beribadah kepada Allah. Rutin yang memang tidak pernah Nabilah tinggalkan sejak menjadi warga SMKAKK. Solat hajat, membaca Yasin, membaca Mathurat sudah sebati dengan dirinya. Pada malam itu, Nabilah bangun menggapai cinta yang Maha Esa.
"Ya Allah, kau ampunilah dosaku dan kedua ibu bapaku, sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangiku diwaktu kecilku, kau tunjukkanlah aku serta kedua orang tua ku petunjuk dan hidayahMu ya Allah, agar kami tidak tergolong dalam golongan orang yang dimurkaiMu. Ya Allah, kau tahu bahawa aku amat memerlukan pertolonganMu dalam menggapai cintaMu dan RedhaMu, ku pohon ya Allah bantulah hambaMu ini dalam merealisasikan impian ibu bapaku untuk melihat aku berjaya. Perkenankan doa hambaMu ini" Doa Nabilah dengan bersungguh-sungguh selepas melakukan solat tahajud. Airmata yang mengalir menjadi saksi bahawa mata itu tidak akan terbakar di akhirat kelak.
................................................................................................................................................
"Assalamualaikum Ummi, Nabilah ni." Suara Nabilah sungguh ceria, sehingga aura kegembiraannya sampai kepada Umminya di Malaysia.
"Waalaikumussalam, ya kenapa ceria sangat ni?dah dapat jodoh ke?" Ummi Nabilah rasa tidak sabar untuk mengetahui apa yang ingin disampaikan oleh puterinya itu.
"Ummi, alhamdulillah, Nabilah lulus peperiksaan, anak Ummi akan menjadi doktor seperti Ummi dan abah harapkan, dan doakan la anak Ummi ni cepat ketemu jodoh.."Ceria dan penuh bersemangat Nabilah memberitahu Ummi kesayangannya.
"Alhamdulillah, Ummi bangga dengan anak Ummi. Jangan lupa sujud syukur ya nak". Menitis airmata si ibu terharu dengan kejayaan anaknya.
................................................................................................................................................
Malaysia 2017
Setelah 5 bulan bekerja di salah sebuah hospital kerajaan. Pada suatu hari tanpa diduga dan disangka Khairul Akmal muncul kembali dalam kisah hidup Nabilah. Takdir Allah tidak ada seorang pun dapat meneka. Setelah K.A menghantar rombongan meminang ke rumah Nabilah, dan setelah kedua-dua mereka mujahadah solat istikharah, maka pertunangan berlangsung. Selama tempoh pertunangan, tidak pernah sekali pun Nabilah dan K.A keluar berdua-duaan. Sehinggalah pada suatu hari K.A datang untuk menyampaikan berita yang begitu penting. Ya, amat penting! K.A ditugaskan oleh pihak hospital untuk mengikuti program bantuan kemanusiaan ke Gaza. Ramai rakyat Palestine yang menderita dengan kecederaan fizikal dan mental. Selama pemergian K.A, Nabilah tidak pernah putus berdoa keselamatannya di sana. Antara doa yang selalu Nabilah ucapkan ialah, Ya Allah jika syahid itu layak untuknya, berikanlah kemuliaan itu padaNya,dan jika Dia bukan ditakdirkan untukku, redhakan hatiku dengan ketentuanMu.
..............................................................................................................................................
Hari ini 1 Syawal, Nabilah bangun seawal jam 3 pagi. Seusai solat subuh berjemaah bersama suami tercinta. Nabilah ke dapur membantu ahli keluarga yang lain membuat sarapan dan menyiapkan segala keperluan. Pagi itu sungguh hening, sejuk dan mendamaikan. Hari ini sungguh bermakna dalam diri Nabilah. Menyambut Hari Raya bersama keluarga setelah 6 tahun berada diperantauan, dan sungguh bermakna sekali apabila berkongsi hari yang bahagia bersama suami tersayang. Banyak hidangan yang telah dibuat bersama-sama, seperti rendang itik, ketupat, lemang, dan beraneka juadah hari raya yang diidamkan oleh Nabilah telah pun dirasai. Setelah sarapan, mereka sekeluarga berkumpul untuk acara memohon maaf antara satu sama lain, dan setelah itu barulah mereka berangkat ke masjid untuk solat sunat Aidilfitri. Petang itu, sebelum berangkat ke rumah keluarga K.A di Kedah, hati Nabilah digayuti perasaan yang begitu aneh. Sejak malam tadi, suaminya hanya lebih banyak berdiam diri dan senyum kepadanya. Namun dia cuba menepis prasangka yang datang menjengah fikiran.
..........................................................................................................................................
Dalam perjalanan yang memakan masa selama lebih kurang 5 jam, dengan menaiki kereta yang diberi nama Fortuner, K.A telah memberhentikan kereta di perhentian sebelah. Nabilah yang ketika itu sedang lena, tidak menyedari hal itu. Lama K.A merenung wajah isterinya itu. Seperti akan melihat wajah isterinya buat kali terakhir. Dalam tidak sedar, dia berbicara sendiri.
" Nabilah, sungguh abang tidak mengerti, mengapa diri ini serasa seperti akan meninggalkan dirimu buat selama-lamanya, tetapi abang dapat merasakan bahawa ajal abang sudah hampir. Jaga dirimu, jaga anak dalam kandunganmu, ketahuilah abang sangat sayang kepadamu kerana cintamu kepadaNya." Airmata yang menitis di tangan Nabilah menyedarkan dia dari lena. Cepat- cepat K.A menghapuskan sisa airmatanya. Tidak mahu Nabilah risau akan dirinya. Nabilah yang melihatkan keadaan itu berasa hairan dan pelik. Tidak pernah dia melihat suaminya menangis. Tetapi pada hari ini, sungguh hatinya tidak tenang, seperti ada sesuatu yang akan berlaku. K.A meneruskan kembali perjalanan setelah jiwa dan perasaannya reda. Tiba-tiba...
Ya Allah.........!!
................................................................................................................................................
Ya Allah, aku kat mana ni. Abang, mana abang?Aku mencari-cari susuk tubuh insan yang ku cintai. Tetapi hampa bersulam duka. Dia, telah kembali ke rahmatullah. Ketika syawal yang sekian lama ku nanti untuk bahagia disampingnya hanya tinggal mimpi. Semuanya ilusi semata-mata. Bukan aku ingin menolak takdir Allah, tetapi kenapa ujian seberat ini yang kau beri padaku.Nabilah menangis hingga tidak sedarkan diri. Hari ini Syawal yang ke-7, bermakna 7 hari juga lah Nabilah berendam air mata. Laju air matanya mengalir apabila mendengar lagu dendangan Devotees yang bertajuk Kekasih.
Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati
Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati
Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua
Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati
Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu
................................................................................................................................................
10 tahun berlalu..
"Ummi, Akmal nak jadi anak yang soleh, sama macam ayah Akmal. Walaupun Akmal tak pernah jumpa ayah, tapi Akmal nak ayah bangga dapat anak macam Akmal, sebab Akmal nak jaga Ummi.Akmal sayang Ummi". Petah si kecil itu berkata, penuh semangat untuk meyakinkan Umminya bahawa dia ingin menjadi anak yang soleh.
Nabilah tersenyum melihat anaknya yang semakin dewasa. Akmal Khairi, satu-satunya permata hati Nabilah, tanda cinta suci perkahwinannya bersama Khairul Akmal. Syawal yang tiba, sentiasa mengingatkan tragedi silam yang meragut jiwa kekasih hatinya. Tapi Nabilah sungguh tabah menjalani kehidupan bersama permata hatinya itu. Klinik yang di usahakan bersama K.A suatu masa dahulu masih menggunakan nama yang sama, iaitu KLINIK KHAILAH. Gabungan nama dua insan, Khairul dan Nabilah.
................................................................................................................................................
"Selamat Hari Raya ayah. Hari ni Akmal dengan Ummi pakai baju warna kegemaran ayah, warna hijau. Ummi kata warna hijau warna kesukaan Nabi dan warna syurga."
Kanak-kanak itu seolah-olah berbicara dengan ayahnya sendiri. Pilu hati Nabilah melihat anak yang tidak sempat melihat wajah ayah kandungnya.
Seusai membaca yasin di kubur arwah suaminya, Nabilah membawa Akmal menziarahi pusara arwah Ummi dan arwah Abah pada pagi syawal yang mulia itu, disamping mendoakan kedua ibu bapanya,Nabilah juga berdoa agar cinta mereka hingga ke syurga.
Seperti terasa kehadiran suaminya disisi membisikkan kalimah penuh rasa cinta. Terngiang kembali suara gemersik suaminya tika syawal pertama yang disambut sepuluh tahun yang lalu.
"Abang sayang Nabilah buat selamanya, Selamat Hari Raya"
Nukilan Minda,
:::Sebaik_baik_Kejayaan:::

2 jejak kata:

Ukhti fadhilah.. said...

salam..
waa..gha..kikiki..bestla nvel ko ni..hik2..sedih +terharu+lucu aku ni.baru aku baca smpai abis..saja2 jak lawat blogmu..best2.ai ko ni aku rasa cam real pula..huhu..nma watak2nya tu,huk2.mengimbau nastolgia sungguh..^__^hee~~

Najihah said...

wslmm..dila..hihi ni CERPEN ler bkn novel..novel insyaallah dalam pembikinan..ngeh3..doa2 la smga tcapai..hihi