Setiap hari kita wajib untuk jadikan ia HARI TAUBAT.

Kerana setiap saat, setiap detik, antara cahaya dan kegelapan, antara dosa dan pahala, antara harapan dan penyesalan saling bercanggah di hati kita.

Bahkan jika hari ini pun kita menyesali apa yang kita lakukan, esok pun berulang kembali dosa yang sama dalam waktu dan tempat berbeza, atau dalam bentuk yang berbeza pula.

Ibnu Athaillah as-Sakandary, berkata :

 “Terkadang Allah mentakdirkan hamba-hambaNya berbuat dosa, agar si hamba lebih dekat kepadaNya.”

TAUBAT :

1- Menyesal
2- Berhenti dari melakukan dosa
3- Bertekad untuk tidak melakukannya

#TakLayakKeSYURGAMU namun #TakPulaKuSanggupKeNERAKAMU




0 jejak kata: