Kadangkala,
Kita rasa diri kita sempurna,
Lebih hebat dari orang lain,
Segala perlakuan dan bicara kita,
Rasa tiada salah dan cela..
Tapi..
Kita tak sedar,
Ada yang terasa dengan tingkah laku,
dan tutur kata yang keluar dari mulut kita..
Berdosalah kita,
Kerana telah melukakan jiwa seorang hamba,
kepada Sang Penciptanya..
Biar hati kita yang tercalar,
Biar perasaan kita yang terluka,
Jangan biarkan orang lain yang merasa,,
Jaga hati mereka,
Jaga perasaan mereka,
Kita tidak akan rugi apa-apa,
Malah pahala ganjarannya,
Andai ikhlas melakukannya..
Walau secantik dan sekacak mana rupa,
Andai budi bahasa hancur binasa,
Takkan mulia kita dimata manusia,
Apatah lagi dimata Dia Yang Maha Mulia..
-----
Patah Hati??
Sebab jaga hati orang lain??
Bergembiralah..
Kerana dirimu telah berjaya menjaga hati,
dan perasaan seseorang itu dari disakit sepertimu..
Telah bersabda Rasulullah SAW yang diriwayatkn oleh Al-Bukhari & Muslim: Maksudnya perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik ialah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun anda membeli daripadanya sedikit ataupun kamu dapat mencium dprdnya bau yang wangi. Manakala tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairpadanya bau-bauan yang busuk.
0 jejak kata:
Post a Comment