Pasrah..
Lelah..
Berpaling arah..


Tak terdaya menahan siksa neraka,
maka ku korbankan keseronokan duni,
Ujian manusia..
Ku tahu..
Ianya berbeza-beza,
Mengikut taraf iman yang dimilikinya..


Semakin besar ujian yang Kau beri..
Semakin ingin Kau tambahkan keimanannya..


Tapi..
Jangan Kau biarkan aku keseorangan,
Kemanisan iman yang pernah ku rasa,
Inginku kekalkan aslinya..


Jangan kerana ujianMu itu,
Membuatkan aku semakin jauh dariMu..


Imanku, 
Jiwaku,
Diriku yang dahulu..
Hanya Kau yang tahu..


Maka ku pohon ya Allah..
Bantu aku melalui jalan berliku..
Agar aku tidak kembali ke zaman silamku..


Merayu..
Merintih..
Mengharap..


Hanya Kau yang mampu membantuku..
Ya Allah..

0 jejak kata: